Program Sentuhan Mesra Bersama Asnaf Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Ini adalah program kami yang baru sahaja selesai baru-baru ini. Mengikut tentatif yang tim kami sediakan, kami akan berkampung selama 2 hari di Rumah Amal Asnaf Al Barakh Olak Lempit, Banting.

generasi_warisan_prihatin

Seperti biasa aktiviti yang dianjurkan akan mendapat kerjasama dari kelab dan syarikat tertentu serta sokongan daripada individu-individu yang turut sama menyumbangkan dana untuk menjayakan program ini.

Program pada 27/09/2014 di mulakan dengan aktiviti mengecat semula Rumah Amal Asnaf Al Barakh, tanpa mengira siapa pun, masing-masing ke hadapan untuk sama-sama berganding bahu menyiapkan tugas pada hari tersebut.

Generasi_Warisan_Prihatin_Cat 1

Adik-adik yang menjadi penghuni Rumah Amal Asnaf Al Barakh juga turut sama membantu dalam aktiviti mengecat ini.

Pada hari kejadian, beberapa individu dari pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia turut sama hadir membantu meringankan kerja-kerja mengecat ini.

Rupa-rupanya program ini turut mendapat perhatian daripada kumpulan pelajar asasi aliran perubatan dari Kolej MARA Banting. Jadi pada hari kejadian, mereka turut sama sertai aktiviti gotong royong mengecat dan menyusun perabot baru.

Generasi_Warisan_Prihatin_Cat 2

Gambar diatas: Adik-adik dari Rumah Amal Al Barakh turut sama-sama terlibat untuk mengecat asrama mereka. In Shaa Allah, satu pengalaman baru yang berharga untuk mereka.

generasi_warisan_prihatin

Cat yang digunakan adalah sumbangan daripada penaja kami, iaitu KHN Trading & Construction Resources Sdn Bhd

Selesai aktiviti hari Sabtu, bermula aktiviti pada hari Ahad pula, kami perlu susun semula perabot yang ditaja untuk keselesaan penghuni di sana. Bilik contoh telah dipilih dan proses kemas dan hias dijalankan pada hari kejadian.

Bermula dengan aktiviti memotong katil yang telah rosak, angkat almari yang sudah pecah, pasang kipas dan lampu baru dan kami pastikan bilik contoh tersebut kosong sepenuhnya baru misi susun perabot baru dijalankan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Potong Katil

Proses pembersihan dijalankan selepas kesemua perabot asal yang berada dalam bilik ini telah dikeluarkan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Sapu Bersih

Selesai sudah aktiviti mengosongkan bilik, bermula aktiviti angkut dan pasang katil, susun almari, susun tilam, pasang kipas dan lampu yang baru.

Semua baru, semua bau kedai lagi.

Generasi_Warisan_Prihatin_Susun Perabot
(Proses pemasangan katil sedang dijalankan dibantu oleh pelajar-pelajar dari Kolej MARA Banting)

Generasi_Warisan_Prihatin_Susun Perabot Lagi
(Proses menyusun atur almari dijalankan)

Sibuk di dalam rumah, tanpa membuang masa aktiviti di perkarangan asrama dijalankan serentak. Kain baju terpakai kami bawa untuk diagihkan pada mereka yang berminat.

Cara kami mungkin lain dari yang lain. Kami longgok baju tersebut, mana yang rasa hendak di ambil, sila ambil, yang tidak mahu kami ambil semula untuk disedekahkan ke tempat lain. Hasilnya berebut pilih.

Untuk makluman, kain baju ini juga sebenarnya adalah hasil sumbangan orang perseorangan. Alhamdulilah, tim kami, Generasi Warisan Prihatin diberi kepercayaan untuk mengagih-agihkan pakaian tersebut kepada mereka yang layak menerima.

Generasi_Warisan_Prihatin_Pilih Baju 1

Ya. Suasana pada waktu tu memang meriah. Macam ala-ala pasar pun ada ­čÖé

Generasi_Warisan_Prihatin_Pilih Baju 2

Semua orang nampak excited nak memilih pakaian yang berkenan dihati.

generasi_warisan_prihatin

Cara pengagihan yang kami buat mungkin sedikit berbeza, sebabnya kami nak pastikan hanya pakaian yang benar-benar mereka suka sahaja yang mereka ambil.

Bukan mudah nak menggalas amanah orang lain. Kita tak nak, ada pakaian yang mungkin mereka tak mahu, tidak dimanfaatkan dengan sepatutnya. Jadi, bila kita buat macam ni, mana-mana pakaian yang masih tinggal tu, kita boleh serahkan kepada penerima yang lain.

In Shaa Allah, di lain masa ada banyak lagi Rumah Anak-anak Yatim dan Rumah Amal Asnaf yang bakal kami kunjungi.

generasi_warisan_prihatin_agih_pakaian

Oh ya, kami juga tak meletakkan limit, berapa helai atau berapa pasang baju boleh diambil.

Bermulanya sesuatu program pasti akan tiba saat penutup program. Secara santai majlis penutup dijalankan, berkumpul di hadapan asrama lelaki yang telah di cat semula. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Program Aizat Ramlan, ucapan perasmian penutup oleh penaung Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Tn Hj Yusuf.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penutup 1

Semua berkumpul disini dan memberikan kerjasama yang SANGAT BAIK!

Generasi_Warisan_Prihatin_Penutup 2

Cenderahati diberikan pada semua wakil kelab yang hadir.  Terima kasih Rakan Maya VF yang diwakili oleh Saudara Aizat Ramlan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Rakan Maya VF

Terima kasih diucapkan wakil Generasi Warisan Prihatin, Saudari Riastuty Hj Basri

Generasi_Warisan_Prihatin_GWP

Terima kasih diucapkan pada wakil Crew Belalang Turbo Needs (CBTN) Saudara Fairuz yang sentiasa menyokong aktiviti amal yang dianjurkan oleh kelab kami. 

Generasi_Warisan_Prihatin_CBTN

Terima kasih diucapkan pada wakil Banting Crew, Saudari Azilawaty

Generasi_Warisan_Prihatin_Banting Crew

Terima kasih yang tidak terhingga pada penaja terbesar kami, atas sumbangan cat yang diberikan. Walaupun wakil mereka tidak dapat hadir tetapi cenderahati dari mereka telah kami terima dan selaku Pengarah Program kali ini, Saudara Aizat Ramlan mewakili para penaja telah menyerahkan sumbangan kepada penaung rumah amal tersebut.

1) KHN Trading & Construction Resources Sdn Bhd

2) Kelab Kebajikan Dan Rekreasi MaTic

Generasi_Warisan_Prihatin_KHN dan MatiC

Tidak lengkap rasanya majlis penutup sekiranya tidak menjemput penaung melihat sendiri hasil bilik contoh yang kami telah ubah perabotnya.

Harap berpuas hati yer…

Generasi_Warisan_Prihatin_Lihat Kawasan

Wakil kelab sudah, kini tiba giliran anak-anak pula dapat cenderahati dari kami. Hanya cenderahati biasa dari kami, harap mereka gembira.

Generasi_Warisan_Prihatin_Anak Lelaki

Cenderahati untuk pelajar lelaki dan perempuan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Anak Perempuan

Selesai sudah majlis penutup, jamuan ringkas diadakan.

Istimewanya program kami kali ini, ada sambutan hari jadi, rezeki pada anak-anak di situ, dan makan tengahari yang terakhir dari kami. Harap menu yang disajikan semua berpuas hati.

Generasi_Warisan_Prihatin_Sambut Hari Jadi
(Foto: Bersama-sama menyanyikan lagu “Allah selamatkan kamu..”

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan 1

Menu makan tengahari turut ditaja oleh orang perseorangan. Semoga dimurahkan rezeki.

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan 2

Akhir majlis tidak lengkap rasanya jika tidak bergambar ramai-ramai. Semoga berjumpa kembali di lain masa.

generasi_warisan_prihatin_olak_lempit
(Foto: Tim Projek Program Sentuhan Mesra Bersama Asnaf, Rumah Amal Asnaf Al Barakh)

Generasi_Warisan_Prihatin_Gambar Beramai
(Foto: Bersama semua warga Rumah Amal Asnaf Al Barakh)

Setinggi-tinggi perhargaan kami ingin rakamkan buat

1. Penghuni Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit, Banting 

Kerana sudi menerima kehadiran kami dan sudi memberi sepenuh kerjasama dalam aktiviti yang dirancangkan.

 

 

Sekian,

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

 

 

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

, , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kelab Generasi Warisan Prihatin - October 4, 2014

    […] Program Sentuhan Mesra Bersama Asnaf, Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit, Banting. Untuk aktiviti mengecat bangunan, ia ditaja oleh syarikat KHN Trading & Construction Resources Sdn Bhd. […]

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes