Program Sejenak Bersama Anak-Anak Istimewa – SAYANG

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Anak istimewa, anak kelainan upaya, inilah golongan yang kami cuba dekati dan fahami perasaan mereka. Bertempat di Seksyen 7 Shah Alam, Care For The Special Needs kami ziarahi pada 11 May 2014 yang lepas.

Hasil persetujuan dari pemilik rumah berkenaan, Puan Faridah Binti Zainuddin kami hadir seperti yang dijanjikan. Program selama sehari.

Print

Kami hadir pada pukul 9.00 pagi seperti yang dijanjikan. Sebelum kami masuk ke rumah berkenaan, suatu persembahan bagi mengalu-alukan kehadiran kami oleh anak-anak berkenaan dijalankan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Aluan

(Foto : Anak-anak sedang menunjukkan persembahan mereka)

Generasi_Warisan_Prihatin_Aluan 2

(Foto : Sambil diberi tunjuk ajar oleh guru masing-masing)

Kami tak boleh masuk selagi persembahan belum habis, jadi ramai-ramai kami berdiri di luar pagar.

Generasi_Warisan_Prihatin_Luar Pagar

(Foto : Sebahagian yang sempat bergambar di luar pagar)

Habis persembahan kami dijemput masuk dan dipersilakan untuk mendekati anak-anak ini, kami bersalaman dengan mereka terlebih dahulu. Yang mana mereka sudah serasi, ada yang tak mahu lepaskan tangan…ambik kau…dipegang sahaja…

Generasi_Warisan_Prihatin_Salam

(Foto : Masing-masing bersalaman dengan adik-adik)

Satu taklimat ringkas dari pengasas rumah berkenaan dan upacara perasmian pembukaan majlis dilakukan oleh En Nadzri. Kami diberi taklimat mengenai rumah tersebut, sejarah ringkas, dan golongan istimewa apa yang menghuni rumah berkenaan. Ok, serba sedikit kami paham.

Generasi_Warisan_Prihatin_Nadzri

(Foto : Encik Nadzri sedang memberi taklimat)

Generasi_Warisan_Prihatin_Taklimat

(Foto : Tekun mendengar masing-masing)

Ziarah kami bersama adik-adik istimewa ini, kami tidak digalakkan untuk buat aktiviti berat. Oles sebab itu, kami jalankan aktiviti sukaneka santai.

Itu pun selepas beberapa idea sukaneka yang dicadang ditapis terlebih dahulu oleh Puan Faridah, bukan sebab apa pun di tapis, mereka perlu maklumkan terlebih dahulu pada kami sukaneka mana yang mampu penghuni rumah Sayang buat.

Nama pun anak istimewa, jadi kami tidak boleh paksa mereka. Namun ada permintaan yang di luar jangkaan dari Puan Faridah, tarik tali. Ok, kami sambut permintaan ini. Chewahhhhh…belum apa-apa dah sambut, mana nak cari tali? Fikir kemudian…ahahahahaha…

Generasi_Warisan_Prihatin_Baling Bola

(Foto : Penuh perasaan kakak tu mengajar…sapa yang main ni?… )

Generasi_Warisan_Prihatin_Fokus

(Foto : Yerrr…aku tengah fokus arr ni… )

Generasi_Warisan_Prihatin_Masuk Sini

(Foto : Ni hahhh…masuk kotak ni tau… )

Gelagat memang tidak di duga, riuh, sekejap jer adik-adik mesra dengan kami. Mungkin sebab yang hadir pun melayan bagai nak gila.

Sukaneka yang seterusnya aktiviti memancing, kami tidak mengharapkan kerjasama 100% dari adik-adik sebab apa yang diberitahu sebelum ini,mereka belum pernah buat aktiviti memancing…Dapat seekor dua pun dah kira cukup. Tetapi…

Generasi_Warisan_Prihatin_Pancing 1

(Foto : Cuba nasib memancing)

Generasi_Warisan_Prihatin_Pancing 2

(Foto : Sini dik…pancing sini senang…)

Kerjasama yang diberikan, memang tip top… Adik-adik teruja sedaya upaya memancing…Mungkin sebab warna ikan tersebut menarik perhatian kut…Tak pun sebab usaha sungguh-sungguh nak cuba kail…Terima kasihlah beri kerjasama kat kami…

Acara ini yang ditunggu-tunggu…Tarik tali weyyy…Tak kira siapa yang hadir,semua teruja tarik sekali…Tempat tak luas mana jadi kami guna sebaiknya kawasan tersebut…

Generasi_Warisan_Prihatin_Tarik Tali 1

(Foto : Acara tarik tali berlangsung)

Generasi_Warisan_Prihatin_Tarik Tali 2

 (Foto : Respeks gila dengan Puan Faridah, turut serta tu…tarikkkkkkkkkk…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Tarik Tali 3

(Foto: Apa tarik?…kalau larat buatlah…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Tarik Tali 4

(Foto: aarghhhhhhhh…bising…bising…)

Selesai sudah sukaneka, memandangkan hari tersebut Hari Ibu, jadi kami buat kejutan sikit untuk tenaga pengajar di situ… Selamat Hari Ibu…

Generasi_Warisan_Prihatin_Kek

(Foto : Kek Hari Ibu)

Generasi_Warisan_Prihatin_Hari Ibu

(Foto : Semua pengajar yang bergelar ibu dan kami yang sudah bergelar isteri turut serta memotong kek)

Selesai acara memotong kek, perut pun dah berbunyi, masa untuk makan tengahari…

Generasi_Warisan_Prihatin_Juadah

(Foto : Juadah…sedap gilerrr…memang puas hati…)

Sebenarnya kami bukan datang sekadar untuk acara sukaneka. Kami datang dengan menghantar amanah, alat fisio yang akan digunakan untuk pembelajaran adik-adik tersebut.

Kesemua peralatan fisio ini juga adalah hasil sumbangan individu dan kenalan yang menyokong usaha tim kami untuk menganjurkan program seumpama ini.

Generasi_Warisan_Prihatin_Fisio 1

(Foto : Alat Fisio 1)

Generasi_Warisan_Prihatin_Fisio 2

(Foto : Alat Fisio 2)

Generasi_Warisan_Prihatin_Fisio 3

(Foto : Alat Fisio 3)

Generasi_Warisan_Prihatin_Fisio 4

(Foto : Alat Fisio 4)

Rugi rasanya kalau kami tidak cuba terlebih dahulu…Ok, sediaaaaaaaaaaaaa…Yieeehhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaa…

Generasi_Warisan_Prihatin_Fisio 5

(Foto: Penuh semangat mencuba)

Generasi_Warisan_Prihatin_Fisio 7

(Foto : Berjoget nak seimbangkan badan…ahahahahaha… )

Generasi_Warisan_Prihatin_Fisio 6

(Foto: Ehhh…sama gak rupanya…joget seround…hehehehehe)

Kami diberi peluang melihat suasana rumah ini dengan lebih dekat. Cantik, kemas, dan sesuai untuk anak-anak ini.

Generasi_Warisan_Prihatin_Jelajah 1

(Foto : Bilik darjah mereka)

Generasi_Warisan_Prihatin_Jelajah 2

(Foto : Bilik Khas 1)

Generasi_Warisan_Prihatin_Jelajah 3

 (Foto : Bilik Khas 2)

Masa untuk undurkan diri telah tiba. Sebelum lupa, kali ini kami hadir ke rumah ini dengan 1 kelab kereta sebenarnya, Crew Belalang Turbo Needs (CBTN). Mereka lebih ke arah aktiviti permotoran dan aktiviti hari ini sebenarnya aktiviti yang mereka sendiri tidak jangka dapat bekerjasama dengan kami. Apa pun korang memang sporting gilerr…

Majlis penutup dimulakan dengan ucapan dari Pengarah Program Cik Riastuty Binti Hj Basri, ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Ketua Program

(Foto : Ucapan dari ketua program)

Seterusnya ucapan dan perasmian penutup dari Puan Faridah sendiri.

Generasi_Warisan_Prihatin_Puan Faridah

(Foto : Ucapan dari Puan Faridah)

Wakil CBTN diberi peluang memberi ucapan ringkas.

Generasi_Warisan_Prihatin_CBTN Wakil

(Foto : Ucapan dari wakil CBTN)

Kami tidak menyangka pihak rumah Sayang sediakan cenderahati untuk kami. Terima kasih Puan Faridah.

Generasi_Warisan_Prihatin_Untuk Kami

(Foto : Kami terima cenderahati darimu…)

 Sebelum balik kami seperti biasa ambil gambar beramai-ramai. Moga di lain masa kami dapat datang semula ke tempat ini. Insya-Allah…

Generasi_Warisan_Prihatin_Team Projek

(Foto : Sebahagian Tim Generasi Warisan Prihatin)

Generasi_Warisan_Prihatin_Ramai2

(Foto : Sebahagian yang sempat bergambar bersama)

Sekian,

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

,

No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes