Program Santai Impian Kasih – Zoo Negara + Rimba Jinbara

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Aktiviti santai bersama anak-anak Rumah Amal Siraman Kasih dijalankan pada 02 Mac 2014 yang lalu. Sekali lagi kami konvoi dalam 17 kereta membawa kesemua penghuni di sana ( 45 budak dan 10 orang penjaga)…

Idea santai ni tercetus bila program kami sebelum ini membawa mereka membeli kelengkapan pakaian sekolah, mereka bercerita teringin benar nak turun Zoo Negara dengan berkelah. Bila saya tanya penjaga mereka, memang betul ada niat nak membawa budak-budak ni, tapi masalah kekangan masa dan pengangkutan buat mereka asyik tangguh.

Macam biasa saya tanya para penyumbang, sanggup ke menaja adik-adik ni ke Zoo Negara, jawapan yang saya terima, setuju…ok cun…

Print

Hari yang dijanjikan kami hadir semula ke rumah ini dan agihan budak dan penjaga terus di buat. Siap agih kami terus konvoi…

Generasi_Warisan_Prihatin_Konvoi

(Foto : Gelagat semasa dalam kereta… )

Sampai sahaja dalam kawasan  Zoo Negara, ada yang menaja sarapan pagi. Kita makan dulu, terima kasih banyak-banyak yang menaja sarapan yer…

Generasi_Warisan_Prihatin_Sarapan

(Foto : Penjaga sibuk ambil sarapan untuk anak-anak jagaan masing-masing)

Siap sarapan, kami terus ke kaunter zoo untuk membeli tiket, macam biasa sebelum masuk kami bergambar dahulu ramai-ramai.

Generasi_Warisan_Prihatin_Luar Zoo

(Foto : Sebahagian yang dapat bergambar bersama)

Perjalanan pun bermula, kami ramai-ramai naik tramp dulu, penat tu kalau nak jalan kaki jerrrr…

Generasi_Warisan_Prihatin_Tramp Lelaki

(Foto : Tramp untuk adik-adik lelaki)

Generasi_Warisan_Prihatin_Tramp Perempuan

(Foto : Tramp untuk adik-adik perempuan)

Bermula aktiviti kami menjaga anak jagaan masing-masing. Ke hulu hilir kami di tarik, semata melayan kerenah mereka. Nak tengok bahagian sana, bahagian sini, jadinya kami semua berpecah.

Generasi_Warisan_Prihatin_Ziarah 1

(Foto : Gigih menjaga anak jagaan…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Ziarah 2

(Foto : Jaga adik yang besar jerrr…ahahahahaha… )

Generasi_Warisan_Prihatin_Ziarah 3

(Foto: Salam perkenalan untuk semua yang hadir… )

Generasi_Warisan_Prihatin_Ziarah 7

(Foto : Teruja semua orang…ntah apa yang di tengok…)

Memang tak nafikan bila dah kena ikut jer budak-budak ni, penat…goyang lutut…letih…haus…semua ada ler…tak percaya tengok gambar ni…

Generasi_Warisan_Prihatin_Ziarah 4

(Foto : Kami rehat dulu…letih sangat ni… )

Generasi_Warisan_Prihatin_Ziarah 5

(Foto : Adik pun dah letih…)

Cuaca hari tersebut memang cerah, puas hatilah, walaupun rasa panas tapi puas hati sebab banyak tempat boleh masuk.

Yang mana dapat penjaga yang baik hati, cuaca panas hari tu dapatlah rezeki sikit, bukan nak kata ada yang tak baik hati, bila rehat dekat tempat yang tak jual apa-apa, meloponglah nampaknya…

Generasi_Warisan_Prihatin_Ziarah 6

(Foto : Layan aiskrim dulu jap yerrr…panas ni…)

Macam biasa, saya pun tak nak kalah. Saya ajak budak-budak ni layan ABC dulu…haus tu, layan aiskrim mana best…

Generasi_Warisan_Prihatin_ABC

(Foto : Kongsi ABC semuanya…mahal weyyy…)

Habis layan ABC kami terus gerak semula ke pintu keluar zoo, nampaknya ramai yang dah tunggu kami. Kumpulan paling lewat sampai rupanya. Sorry…

Generasi_Warisan_Prihatin_Rehat

(Foto : Rehat sebentar… )

Perjalanan diteruskan ke Kemenshah, Rimba Jinbara. Perut pun dah lapar. Apa yang saya diberitahu, juadah makan tengahari telah siap di Rimba Jinbara.

Kami sebenarnya berpecah dua kumpulan, satu kumpulan lagi memang bertugas di Rimba Jinbara untuk pantau kerja-kerja siapkan makanan di sana. Selesai makan tengahari kami layan BBQ pula, adik-adik sibuk layan mandi manda.

Generasi_Warisan_Prihatin_BBQ 1

(Foto : Sibuk membakar…terima kasih semua…)

Generasi_Warisan_Prihatin_BBQ 2

(Foto : Sedap weyyy…rezeki budak-budak…)

Jom tengok apa budak-budak tengah buat…tu diaaaaa…

Generasi_Warisan_Prihatin_Mandi 1

(Foto : Air tak dalam mana pun…janji basah katanya…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Mandi 2

(Foto: Sama jer dengan adik perempuan rupanya…janji basah…)

Puas mandi manda, adik-adik terus siapkan diri dan berkemas…sekali lagi layan BBQ pula…makan sahaja budak-budak ni…

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan 1

(Foto : Layan BBQ pula…)

Hari pun dah hampir petang, majlis penutup secara santai pun di buat. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat. Sedikit cenderahati dari kami yang disampaikan oleh Pengarah Projek kali ini Encik Amirul Amin Bin Hamidon kepada wakil Rimba Jinbara dan Rumah Amal Siraman Kasih.

Generasi_Warisan_Prihatin_Wakil Jinbara

(Foto : Wakil dari Rimba Jinbara)

Generasi_Warisan_Prihatin_Wakil RSK

(Foto : Wakil dari Rumah Amal Siraman Kasih)

Cenderahati untuk adik-adik? Mestilah ada…kami tak lupa untuk adik-adik juga…

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 1

(Foto : Serahan cenderahati untuk adik-adik lelaki)

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 2

(Foto : Serahan cenderahati untuk adik-adik perempuan)

Selesai sudah majlis kami, semoga di lain masa kita jumpa lagi. Sebelum berpisah kami abadikan sekeping gambar untuk kenang-kenangan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Rimba Jinbara

(Foto : Gambar beramai-ramai sebelum balik…)

Sekian,

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

 

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes