Program Jalinan Ukhwah Ramadhan – Kg Kunci Air Buang, Tanjung Karang

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Aktiviti pertama kami bersama penduduk kampung, benar-benar mencabar kemampuan tim kami.

Kalau sebelum ini, kami lebih banyak buat aktiviti bersama adik-adik, kali ini kami melangkah setapak bersama orang luar dalam golongan berbeza, ada fakir, miskin, ibu tunggal, asnaf, warga emas, dan anak yatim. Bolot habis, memang betul-betul mencabar.

Kami manfaatkan 2 hari dengan aktiviti yang berbeza, bermula petang Sabtu (05/07/2014) sehingga Ahad (06/07/2014) seperti yang dipersetujui oleh Ketua Kampung Kunci Air Buang, En Jamshari Bin Kasim. 

Print

Petang Sabtu sebelum mula majlis, kami sibuk susun cenderahati yang bakal di beri pada penerima kali ini. Memandangkan kami sendiri sesama ajk duduk berjauhan, jadi kami perlu turun lebih awal di kampung tersebut untuk proses susun barang.

Generasi_Warisan_Prihatin_Susun Barang

( Foto : Tim Generasi Warisan Prihatin sibuk menyiapkan cenderahati)

Akhirnya siap juga, 32 set cenderahati untuk penerima kali ini. Apa isinya? Ada kain ela, kain pelikat, duit raya, tag nama, tudung dan macam-macam lagilah.

Generasi_Warisan_Prihatin_Siap Susun

(Foto :  Beg cenderahati siap di susun, 32 beg semuanya)

Pukul 6.00 petang kami terus bergerak ke Masjid An Nur, Kg Kunci Air Buang di mana lokasi program akan dijalankan. Susun atur meja kerusi perlu dilakukan sebelum juadah berbuka puasa sampai.

Generasi_Warisan_Prihatin_Susun Meja Kerusi

(Foto : Tim Generasi Warisan Prihatin susun atur meja kerusi)

Pukul 6.30 petang tetamu mula hadir ke masjid berkenaan. Kami berkumpul terlebih dahulu di dalam masjid untuk sesi pengenalan dan sesi perasmian program yang telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Tg Karang 2, Encik  Shahrul Affendi Bin Zainurddin.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penghulu

(Foto : Penghulu Mukim merasmikan program)

Selesai sudah sesi perkenalan, sesi perasmian, bermula aktiviti yang dijanjikan, aktiviti berbuka puasa bersama penduduk Kg Kunci Air Buang yang telah terpilih untuk program kami kali ini.

Juadah selera kampung menjadi pilihan, Alhamdulillah penerima sumbangan ramai yang hadir untuk majlis berbuka puasa bersama kami walaupun aktiviti kemuncak adalah pada hari esoknya.

Generasi_Warisan_Prihatin_Buka Puasa 3

 (Foto : Suasana ketika berbuka puasa 1)

Generasi_Warisan_Prihatin_Buka Puasa 1

 (Foto : Suasana ketika berbuka puasa 2)

Generasi_Warisan_Prihatin_Buka Puasa 2

 (Foto : Suasana ketika berbuka puasa 3)

Selesai majlis berbuka puasa, kami Solat Maghrib berjemaah dan disambung dengan Solat Isya’ serta Solat Terawih bersama.

Jemputan penceramah luar pun turut hadir bersama kali ini, solat terawih di selang seli dengan ceramah ringkas oleh penceramah jemputan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Dalam Masjid

(Foto :  Amin…Amin…Amin… Apalah doa sampingan dari pakcik ni yer… )

Sedikit cenderahati untuk penceramah jemputan kali ini. Sayangnya lupa nama penceramah, tapi tak apa, isi ceramah yang disampaikan memang best, dan padat itu yang lebih penting.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penceramah

(Foto : Cenderahati untuk penceramah jemputan – ada iras-iras Ustaz Don)

Selesai sudah majlis pada hari Sabtu dan kami teruskan dengan aktiviti pada hari Ahad, dimulai dengan bersahur bersama penduduk kampung sekali lagi. Untuk makluman semua majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur semua ditaja oleh orang persendirian.

Terima kasih. Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan tersebut.

Generasi_Warisan_Prihatin_Sahur

(Foto : Juadah bersahur pula…Sedap… )

Ahad pagi bermula pukul 9.00 aktiviti diteruskan, kali ini kami fokus 15 orang adik-adik yang terpilih bawah 12 tahun yang terdiri daripada anak yatim dan miskin untuk kami bawa mereka membeli set lengkap pakaian raya.

Sebelum bertolak ke Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd Tanjung Karang, kami bergambar terlebih dahulu.

Seperti biasa 15 orang kanak-kanak tersebut di agih kepada 5 kereta dan penjaga yang terdiri dari tim kami sendiri. Tim kami akan memantau mereka semasa sesi memilih baju raya. Untuk baju raya, adik-adik ini boleh pilih sendiri mengikut selera dan citara masing-masing. Dari segi harga, itu tak ada masalah.

Generasi_Warisan_Prihatin_Sebelum Bertolak

(Foto: Adik-adik yang terpilih bersama Tim Generasi Warisan Prihatin)

Memang riuh, itu yang dapat digambarkan, bila adik-adik ini telah memilih pakaian yang mereka suka, hasilnya jika mereka boleh pakai sendiri, terus mereka ke sudut yang agak lapang, dan mereka cuba sendiri.

Generasi_Warisan_Prihatin_Gembira

(Foto: Adik nak cuba baju ni dulu tau…tak muat nanti adik kasitau yer…)

Penjaga juga ada yang tolong pada hari kejadian terutama sekali ketika memakai sampin. Kerjasama antara penjaga dan adik-adik memang jelas kelihatan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Gembira 2

(Foto : Ok tak sampin ni? )

Kerjasama yang diberikan secara kesimpulannya boleh dinilaikan seperti ini…tadaaaaaaa…

Generasi_Warisan_Prihatin_Ok

(Foto : Terbaik weyyyyy… )

Selesai shopping pakaian raya, kami terus kembali ke Masjid An Nur, seperti yang dijanjikan bersama penduduk kampung bermula pada pukul 12.00 tengahari. Kami lihat ramai yang sudah hadir walaupun majlis bermula pada pukul 12.00, pukul 11.45 sudah ramai kelihatan hadir dan berkumpul dalam masjid.

Tidak lengkap rasanya bila adik-adik tidak tunjuk pakaian yang dipilih, sampai sahaja di masjid kami terus arahkan adik-adik memakai pakaian raya mereka. Semasa adik-adik sibuk memakai pakaian raya kami pula sibuk menyusun 32 set barang dapur yang hendak disumbangkan ke penduduk kampung yang terpilih.

Generasi_Warisan_Prihatin_Baju Raya

(Foto: Sebahagian adik-adik yang lengkap memakai baju raya yang mereka pilih sendiri)

Generasi_Warisan_Prihatin_Barang Dapur

(Foto: 32 set barang dapur siap di susun )

Majlis akhirnya tiba di kemuncaknya, dimulakan dengan kata-kata aluan dari Ketua Kampung Kunci Air Buang, En Jamshari Bin Kasim.

Saya masih ingat lagi, dalam ucapan alu-aluan, beliau sendiri menyuarakan rasa sukar nak percaya apabila menerima panggilan telefon dari saya dan cadangan untuk buat aktiviti selama 2 hari di kampung tersebut.

Kelab kami merupakan kelab pertama yang buat aktiviti sedemikian rupa.

Encik Jamshari, kalau encik baru pertama kali terima kehadiran kelab seperti ini, kami lagilah pertama kali mencuba nasib buat program macam ini. Situasi kita sebenarnya sama, pertama kali.

Generasi_Warisan_Prihatin_Ketua Kampung

 (Foto : Ketua Kampung sedang berucap)

Seterusnya ucapan ringkas dari Pengarah Program kali ini, Cik Riastuty Binti Hj Basri, ucapan terima kasih tidak terhingga buat semua penduduk kampung.

Generasi_Warisan_Prihatin_Ketua Program

(Foto : Pengarah program sedang beri ucapan terima kasih)

Kini tiba giliran sumbangan barangan dapur yang perlu diagihkan kepada 32 keluarga yang telah terpilih.

Untuk program kali ini, program mendapat sokongan penuh daripada 4 kelab. Jadi, semasa proses agihan barang dapur, setiap wakil kelab perlu menyampaikan sumbangan kepada 8 keluarga.

Kerjasama dari Kelab Kebajikan Dan Rekreasi MaTic, terima kasih diucapkan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima Pertama

(Foto : Wakil dari Matic menyampaikan sumbangan)

Kerjasama dari Kelab D’ Jenggo Shah Alam, terima kasih diucapkan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima Kedua

(Foto : Wakil D’Jenggo Shah Alam menyampaikan sumbangan)

Kerjasama dari Crew Belalang Turbo Needs (CBTN), terima kasih diucapkan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima Ketiga

(Foto : Wakil dari CBTN menyampaikan sumbangan)

Akhir sekali sudah semestinya dari kami sendiri, Kelab Generasi Warisan Prihatin sendiri.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima Keempat

(Foto : Wakil GWP menyerahkan sumbangan)

Selesai sudah serahan 32 set barang dapur, untuk adik-adik pula bukan hanya dapat pakaian raya, mereka juga dapat duit raya. Kanak-kanak dan duit raya tidak boleh dipisahkan bagi menceriakan lagi sambutan Hari Raya.

Terima kasih wakil Matic di atas sumbangan duit raya juga.

Generasi_Warisan_Prihatin_Duit Raya

(Foto : Serahan Duit Raya)

Selesai sudah agihan sumbangan, kini kami menjemput pula orang penting belakang tabir program kali ini. Cenderahati kecil dari kami sebenarnya. Tanpa kerjasama dari mereka sudah semestinya program kami tidak dapat berjalan dengan jayanya.

Generasi_Warisan_Prihatin_Imam

(Foto : Ustaz Haji Alias Bin Abu Bakar – Imam Masjid An-Nur)

Generasi_Warisan_Prihatin_Nazir

(Foto : Tuan Haji Basri Bin Kosnan – Nazir Masjid An Nur )

Generasi_Warisan_Prihatin_Ketua Kg

(Foto : Encik Mohamad Jamshari Bin Kasim – Ketua Kampung Kunci Air Buang)

Generasi_Warisan_Prihatin_Setiausaha

(Foto : Encik Sareh Bin Ahmat – Setiausaha (paling kerap berurusan dengan saya sebenarnya)

Nampaknya bukan kami sahaja yang beri cenderahati, selepas selesai serahan barang dan perasmian penutup, setiap wakil kelab telah diberi cenderahati dari Kampung Kunci Air Buang yang telah disampaikan oleh ketua kampungnya sendiri. Wahhhh…terima kasih banyak-banyak En Jamshari. Kami sangat-sangat menghargai.

Generasi_Warisan_Prihatin_GWP

(Foto : Wakil Generasi Warisan Prihatin)

Generasi_Warisan_Prihatin_MATIC

(Foto : Wakil Dari Matic)

Generasi_Warisan_Prihatin_CBTN

(Foto : Wakil dari CBTN)

Generasi_Warisan_Prihatin_Jenggo

(Foto : Wakil dari D’Jenggo Shah Alam)

Selesai sudah aktiviti 2 hari kami, seperti biasa sebelum balik kami bergambar dahulu, insya-Allah ada rezeki kami datang lagi.

Generasi_Warisan_Prihatin_Team

(Foto : Tim Generasi Warisan Prihatin )

Generasi_Warisan_Prihatin_Ramai

(Foto : Bersama penduduk Kg Kunci Air Buang)

Sekian,

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

 

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

, ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Masih Ada yang Prihatin - Program GWP di Sg Besar - December 8, 2014

    […] Baca: Program Jalinan Ukhwah Ramadhan, Kg Kunci Air Buang, Tanjung Karang […]

  2. Generasi Warisan Prihatin: Program Sumbangan Amal Ramadhan 2015 - July 14, 2015

    […] program sumbangan amal sempena ramadhan. Kalau tahun lepas, kami jalankan program seumpama ini di Kg Kunci Air Buang, Tanjung Karang, tahun ni kami buat di […]

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes