Program Jalinan Mesra – Rumah Amal Siraman Kasih

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Program pertama kami.

Niat hanya ziarah sahaja tetapi sudah jadi aktiviti besar. Saya sendiri sebagai Pengarah Projek untuk uruskan program pertama kami. Persetujuan dari Puan Hajah Kamariah Binti Yaakob, pengasas rumah berkenaan membolehkan saya draft bentuk sumbangan dan aktiviti yang akan dilakukan nanti.

Tarikh yang dipersetujui 08 Disember 2013.

Print

Memandangkan kami ziarah bulan Disember dan tinggal beberapa minggu lagi sesi persekolahan yang baru bakal bermula, jadi saya cadangkan aktiviti membeli pakaian sekolah lengkap di buat pada hari kejadian.

Jumlah penghuni seramai 45 orang memang sesuai untuk sewa bas, tetapi kami masih belum mampu. Jadi saya tukar rancangan dengan cara konvoi 15 kereta. Kami berkumpul di R&R Sungai Buloh dan bergerak secara konvoi ke rumah berkenaan.

Generasi_Warisan_Prihatin_R & R

(Foto: Berkumpul di R&R dan selesaikan bayaran yang sepatutnya terlebih dahulu…)

Generasi_Warisan_Prihatin_R & R 1

(Foto : Semua kereta peserta konvoi siap pasang sticker… )

Sampai sahaja di Rumah Amal Siraman Kasih, kami terus susun barang sumbangan, ada yang sibuk uruskan makanan, ada yang sibuk uruskan agihan budak, senang cerita kami buat kerja serentak.

Generasi_Warisan_Prihatin_Sumbangan

(Foto: Sebahagian barang yang disumbangkan…)

Sudah semestinya taklimat awal perlu dilakukan dan sesi perkenalan perlu dibuat. Nak bawa anak orang kan, perlu diterangkan betul-betul siapa penjaga masing-masing.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penjaga

(Foto: Sesi memperkenalkan penjaga… )

Siap kenalkan diri, agihan budak pun dibuat, dan kami terus bertolak ke Mydin, Rawang secara konvoi. Ada yang jaga 4 budak, 3 budak dan ada yang 5 budak.

Kenapa jadi 5 budak? Sebab ada yang tak nak pisah, terpaksalah penjaga jaga semuanya. Perasaan takut memang nampak sebab baru jer kenal kami kan, jadi kami layankan jer…nasiblah yang kena jaga 5 budak terus…

 Generasi_Warisan_Prihatin_Penjaga 1

(Foto: Korang jangan pisah jauh-jauh…hilang tak tau…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Penjaga 2

(Foto: Jangan jauh dari akak tau…ikut jer mana akak nak bawa nanti…)

Selagi belum masuk ke dalam Mydin, macam-macam arahan yang diberi oleh penjaga masing-masing. Terpulang pada merekalah nak buat macam mana, saya dah serahkan pada mereka, yang saya nak tahu mereka kena siapkan set lengkap pakaian sekolah. Senarai barang saya sudah beri dengan nilai harga sekali.

Generasi_Warisan_Prihatin_Mydin 1

(Foto: Nak kasut yang ni ke? Murah sangat ni dik…kita ambik kasut yang lain yerr…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Mydin 2

(Foto : Pakai baju ni…muat ke tak…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Mydin 3

(Foto: Saiz kasut tak ada…macam mana ni…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Mydin 4

(Foto : Apa-apa hal kita posing seround dulu…ahahahaha…barisan ajk yang terlibat…)

Penat juga pilih barang budak-budak ni, haus pun ada…jom layan barang makanan sekejap…

Generasi_Warisan_Prihatin_Jajan 1

(Foto: Lengkap, air ada…biskut ada…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Jajan 2

(Foto: Kami pun dapat air juga…)

Terima kasih rakan-rakan semua sebab anda sudi belikan mereka makanan dan minuman. Tiada dalam perancangan sebenarnya.

Selesai buat bayaran kami bergambar di luar Mydin dan rupa-rupanya ada sedikit cenderahati dari pihak Mydin rupanya, terima kasih.

Generasi_Warisan_Prihatin_Mydin 5

(Foto: Bergambar di luar Mydin sebelum balik…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Mydin 6

(Foto: Cenderahati dari Mydin…terima kasih…)

Pulang semula ke Rumah Amal Siraman Kasih, perut pun dah keroncong, lapar sangat.

Dalam perjalanan, saya diberi air dan biskut yang dibeli sebentar tadi. Kak, jom kita makan sama-sama… Perghhh…terdiam saya. Gembira pun ada, sedih pun ada…

Sampai sahaja, kami bersiap-siap untuk tunaikan solat Zuhur terlebih dahulu dan kemudian baru makan tengahari.

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan 1

(Foto: Nasi ayam yang ditaja…sedap weyyy…seyes sedap…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan 2

(Foto : Van ais krim pun dah sampai…)

Penaja Ais Krim:

Lizan Soft Ice Cream
HP : 012 396 7484 @ 012 257 7484

Tidak lengkap rasanya bila dah kumpul ramai-ramai kami tidak raikan adik-adik yang sambut ulang tahun kelahiran bulan Disember… Jadi kami beli 2 kek

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan 3

(Foto: Adik-adik lelaki yang sambut ulang tahun kelahiran…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan 4

(Foto: Adik-adik perempuan yang sambut ulang tahun kelahiran…)

Kami sedaya upaya buat aktiviti sukaneka ringan pada petang tersebut, tapi keadaan tidak dapat dikawal. Mana yang sempat jer senang cerita…

Generasi_Warisan_Prihatin_Game 1

(Foto: Belon saya paling besar…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Game 2

(Foto: Kasi pecahhhhhhhhhhh…)

Kami didendangkan dengan sebuah nasyid, sedap suara budak-budak ni. Sebuah lagu memang tak cukup, jadi kami minta 2 lagi lagu nasyid.

Akhirnya lagu sedih yang didendangkan, padan muka kami. Hujan renyai-renyai pun turun, mata masing-masing dah merah.

Generasi_Warisan_Prihatin_Nasyid 1

(Foto: Sedang menyanyikan nasyid untuk kami…)

Generasi_Warisan_Prihatin_Nasyid 2

(Foto: Khusyuk kami dengar…)

Habis persembahan nasyid, kami mula serahkan hadiah untuk adik-adik di sana. Hadiah sukaneka santai.

Generasi_Warisan_Prihatin_Hadiah 1

(Foto: Kumpulan 1)

Generasi_Warisan_Prihatin_Hadiah 2

(Foto: Kumpulan 2)

Generasi_Warisan_Prihatin_Hadiah 3

(Foto: Kumpulan 3)

Generasi_Warisan_Prihatin_Hadiah 4

(Foto: Kumpulan 4)

Generasi_Warisan_Prihatin_Hadiah 5

(Foto: Kumpulan 5)

Ada rezeki sikit untuk adik-adik, duit saku diberi, terpulang pada mereka untuk beli apa…

Generasi_Warisan_Prihatin_Hadiah 6

(Foto: Saya dapat duit…)

Kini tiba pula sedikit cenderahati untuk diserahkan kepada penjaga di sana. Terima kasih banyak-banyak sebab mendidik anak-anak ini dengan sabar.

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 1

(Foto : Penjaga 1)

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 2

(Foto: Penjaga 2)

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 3

(Foto: Penjaga 3)

Sekalung penghargaan buat pengasas Rumah Amal Siraman Kasih, Puan Hajah Kamariah Binti Yaakob di atas kesudian menerima kunjungan kami semua.

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 4

(Foto: Puan Hajah Kamariah Binti Yaakob)

Sebelum pulang kami sempat bergambar ramai-ramai dahulu. Mengabadikan kenangan bersama.

Generasi_Warisan_Prihatin_AJK

(Foto: Barisan Tim Kelab…)

Generasi_Warisan_Prihatin_AJK_ Adik Lelaki

(Foto: Bersama Adik-adik lelaki)

Generasi_Warisan_Prihatin_AJK_ Adik Perempuan

(Foto: Bersama Adik-adik perempuan)

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa, insya-Allah…

Sekian,

 

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

 

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Trackbacks/Pingbacks

  1. Masih Ada yang Prihatin - Program GWP di Sg Besar - November 4, 2014

    […] Baca: Program Jalinan Mesra, Rumah Amal Siraman Kasih […]

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes