Membina Generasi Prihatin – Kuala Selangor

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Ziarah ke Kuala Selangor telah dibuat setelah dipersetujui oleh JKKK Kampung Permatang En Za’ba Bin Muda dan Penghulu Mukim Kuala Selangor / Ujong Permatang  En Sharul Affendi Bin Zainurddin. Kali ini kami di bawa ke kawasan kampung dalam bandar. Bunyi agak menarik, jadi seperti hari dan masa yang dipersetujui kami luangkan masa untuk menemuramah JKKK kali ini. Tarikh yang dipersetujui insya-Allah 07 & 08/02/2015 di Masjid Ar Rahmani dan Dewan Mini Bukit Raja Kampung Permatang. Kali ini bakal penerima sumbangan terdiri daripada 30 orang pelajar dan 25 keluarga. Semoga program kali ini dipermudahkan.

Generasi_Warisan_Prihatin_JKKK

(Foto : Kiri – Pengerusi JKKK Kampung Permatang (En Za’ba Muda) dan Kanan – Penghulu Mukim Kuala Selangor / Ujong Permatang  (En Sharul Affendi Bin Zainurddin)

 

Sesi perbincangan dan  soal jawab dikemukakan, setelah berpuas hati kami meminta En Za’ba membawa kami menziarah terlebih dahulu ke rumah penerima yang akan diketengahkan. Uniknya kampung ini, terbinanya masjid yang sudah berusia 99 tahun dan jelas kelihatan rumah-rumah lama di kiri kanan jalan masih dikekalkan. Pusara lama juga jelas dapat dilihat ada di setiap rumah.

Generasi_Warisan_Prihatin_Halijah

(Foto : Nenek Lijah bersama anak yang OKU)

Ziarah ke rumah pertama kami dipertemukan dengan seorang warga emas berusia hampir 80 tahun yang menjaga anaknya yang OKU. Tinggal hanya berdua dan makan minum seadanya sahaja. Sempat kami jengah dapur, memang betullah apa yang nenek ni beritahu, makan apa yang ada. Memang jelas di hadapan mata memang tak ada apa-apa. Bertabahlah nenek yer…

Generasi_Warisan_Prihatin _Rohani

(Foto : Makcik Rohani )

Ziarah rumah yang kedua kami dipertemukan dengan Puan Rohani, makcik ni da semakin uzur dan apa yang diberitahu oleh anak perempuannya, ingatan ibunya sudah terjejas dan sudah tidak kenal sesiapa. Bergantung pada kerusi roda untuk gerak ke sana sini. Ibu Puan Rohani yang sudah tua dan duduk di sebelah rumah pun sakit dan perlukan jagaan. Tanggungjawab menjaga ibu dan nenek diserahkan pada anak perempuan Puan Rohani, bersabarlah wahai anak, berbaktilah pada ibumu selagi ibumu masih ada di dunia ini…

Generasi_Warisan_Prihatin_Isah

 (Foto : Nenek Isah)

Rumah yang ketiga ini bila kami datang seperti tiada orang, sunyi dan sepi. Pintu dan tingkap semua tertutup. Rumah lama yang masih kukuh. Pintu dibuka dan jelas di hadapan kami nenek tua menyambut kehadiran kami. Susah payah menyuruh kami naik ke rumah. Sekali lagi kami dipertemukan warga emas yang menjaga anak yang OKU. Duduk berdua dan makan apa yang ada. Anak nenek Isah terbaring di katil yang usang di bilik. Apa yang nenek Isah beritahu, makan,minum,berak,kencing, semua dibuat di dalam bilik tersebut. Penjuru bilik jelas sebuah baldi, mata melilau di mana kepala paip? Rupanya nenek Isah setiap hari gagah mengisi baldi tersebut dengan memenuhkan air dalam gayung dan menuang air tersebut sehingga baldi penuh. Wahhhh…kalau jatuh macam mana?

Generasi_Warisan_Prihatin_Anak Isah

(Foto : Anak Nenek Isah)

Memang terharu sangat dengan nenek Isah ni, dalam usia emas masih menjaga anak yang OKU. Saya selidik lagi, rupa-rupanya nenek Isah hanya ada seorang anak dan anak tersebut Allah dah tetapkan sebagai OKU. Kuat betul nenek Isah…

Generasi_Warisan_Prihatin_Ramli

 (Foto : En Jaafar bersama sebahagian anak)

Rumah yang terakhir kami dipertemukan dengan keluarga yang besar.  En Jaafar sebagai ketua keluarga mempunyai 9 orang anak. Sudah 2 tahun En Jaafar tidak bekerja selepas penyakit kencing manis kian menggangu penglihatan. Mata En Jaafar baru sahaja di “laser” dan perlu ulang alik ke hospital/klinik untuk cuci. Isteri En Jaafar bekerja di kantin sekolah dan anak-anak ada yang bekerja selepas sekolah untuk menampung perbelanjaan.

Jelas ketara kali ini kami dipertemukan dengan insan-insan yang menghadapi masalah kesihatan. Mungkin disebabkan ada kaitan dengan nama kelab kami sendiri iaitu “prihatin”. Kami dipertemukan dengan insan-insan terpilih seperti ini. Allah lebih tahu kenapa kami digerakkan ke kampung ini. Ada cerita yang kami perlu belajar rasanya.

Generasi_Warisan_Prihatin_Team Member

(Foto : Tim GWP bersama JKKK dan Penghulu Mukim)

Sebelum pulang kami sempat bergambar bersama Pengerusi JKKK dan Penghulu Mukim. Kali ini program akan diketuai oleh Muhammad Sarih Bin Amat dan diharapkan perjalanan program kali ini dipermudahkan. Sebelum pulang kami sempat keliling kampung untuk melihat sendiri rumah-rumah di sana dan melihat sendiri suasana kampung nelayan di sebalik bangunan yang tersergam indah di tepi jalan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Nelayan 2

(Foto : Perjalanan Ke Kampung Nelayan)

Jelas kelihatan bangunan baru kelihatan di hadapan rumah nelayan, perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai di kampung nelayan yang terletak betul-betul di belakang bangunan tersebut. Suasana agak tenang.

Generasi_Warisan_Prihatin_Nelayan 3

(Foto : Rumah Nelayan)

Tu diaaaa…di sebalik bangunan indah terbinanya rumah nelayan seperti di atas. Bukan semua rumah seperti ini, keluarga yang senang sikit akan baiki rumah mereka, yang kurang berkemampuan akan tinggal di rumah seperti di atas. Janji ada tempat berlindung. Jelajah pula suasana belakang rumah mereka. Memang melawat habis senang cerita, cuma tak sempat nak masuk dalam rumah jerrr…hehehehe…

Generasi_Warisan_Prihatin_Nelayan 1

(Foto: Suasana Belakang Rumah Nelayan)

Memang tersorok rumah-rumah nelayan ni, memang tidak dijangka ada perkampungan di sebalik bangunan. Saya pun boleh tertipu. Insya-Allah ada beberapa keluarga di sini terpilih untuk sumbangan barang dapur. Singgah sebentar di jeti kelihatan deretan bot-bot nelayan tersusun cantik.

Generasi_Warisan_Prihatin_Bot

(Foto : Deretan Bot Nelayan)

Masa da semakin suntuk, tarikh program semakin hampir, dengan pertembungan sumbangan mangsa banjir diharap ada ruang dan ada sumbangan untuk penerima di Kuala Selangor nanti. Sekiranya ada yang berhajat untuk menyumbangkan sesuatu bolehlah hubungi kami atau sumbangkan ke akaun kelab kami Maybank 562843507756 ( Kelab Generasi Warisan Prihatin )

Sekian,

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Trackbacks/Pingbacks

  1. Program Motivasi Membina Generasi Prihatin di Kg Permatang, Kuala Selangor - February 13, 2015

    […] ini sebenarnya adalah anjuran Kelab Generasi Warisan Prihatin. Memandangkan saya juga adalah salah seorang admin dalam kelab tersebut, jadi untuk program kali […]

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes