Program Masih Ada Yang Prihatin – Surau Tebuk Rashidin

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Program terbaru kami dan secara tak langsung program terakhir kami di tahun 2014, seperti biasa kami berkampung selama 2 hari dan kali ini program berlangsung di Surau Tebuk Rashidin, Kg Sg Hj Dorani, Sg Besar Selangor.

Generasi_Warisan_Prihatin_Banner

 

Kali ini ada aktiviti yang julung-julung kami ketengahkan, ada majlis tahlil dan bacaan Yassin bersama dengan penduduk kampung dan penerima sumbangan yang terpilih. Kami kumpulkan mereka pada hari Sabtu 06/12/2014 selepas maghrib untuk bersama-sama meramaikan majlis tersebut, Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Majlis tahlil diadakan sempena permintaan penyumbang-penyumbang yang memberi dana setiap program, dibuat satu majlis khas untuk disedekahkan bacaan Yassin pada keluarga mereka yang telah tiada.

Generasi_Warisan_Prihatin_Imam

 (Foto : Pengerusi Surau dan Imam Surau sebagai ketua majlis bacaan Yassin dan Tahlil)

Generasi_Warisan_Prihatin_Agihan Yassin

(Foto : Agihan buku Yassin kepada semua yang hadir)

Alhamdulillah, kali ini tanpa disangka YB Budiman Mohd  Zohdi – Adun Sg Panjang sudi meluangkan masa hadir pada majlis tahlil tersebut. Terima kasih YB.

Generasi_Warisan_Prihatin_YB

(Foto : YB Budiman Mohd Zohdi)

Selesai majlis, jamuan ringkas diadakan, sedikit ucapan dari YB Budiman untuk semua yang hadir. Ucapan yang ringkas dan padat dari YB sebab dia sendiri maklumkan pada semua, ucapan di tempat yang ada hidangan makanan memang risiko besar. Semua da ke arah untuk makan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Jamuan 1

(Foto : Ucapan ringkas dari YB Budiman)

Generasi_Warisan_Prihatin_Jamuan 2

(Foto : Penerima Kaum Ibu yang turut hadir)

Hari Ahad 07/12/2014 bermulalah aktiviti yang dirancang. Seawal pukul 8.00 pagi kami dah tiba di Surau Tebuk Rashidin untuk proses menyusun barang dapur. Kerjasama seperti biasa perlu dibuat untuk melancarkan proses agihan barang dapur.

Generasi_Warisan_Prihatin_Susun Barang

(Foto : Gigih Susun Barang Dapur)

Sekali lagi kunjungan YB Budiman di awal pagi mengejutkan kami, apa yang kami sedia maklum YB sendiri beritahu pagi tersebut jadual agak padat. Namun YB sanggup datang untuk melihat sendiri aktiviti kami di waktu pagi sebelum bakal penerima sumbangan hadir. Respeks kat YB sanggup ambil sedikit masa untuk ke program ini. Jadi, apa lagi kami pun ambil sedikit masa bergambar dengan YB sebelum YB bergegas ke tempat seterusnya.

SONY DSC

(Foto : Bersama YB Budiman)

 Dalam pukul 8.30 pagi, adik-adik yang menerima tajaan set lengkap pakaian sekolah hadir seorang demi seorang. Sedikit juadah sarapan pagi diberikan untuk alas perut pada pagi tersebut.

Generasi_Warisan_Prihatin_Sarapan

(Foto: Sarapan pagi buat alas perut)

Sementara menunggu kesemua adik-adik datang, kami seperti biasa ambil gambar dulu. Gambar dan kami tidak boleh dipisahkan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Barang Dapur Selesai Susun

(Foto :  Berlatarbelakangkan Barang Dapur Yang Siap Di Susun)

Generasi_Warisan_Prihatin_Budak Lelaki

(Foto : Bersama Adik-Adik Yang Datang Awal)

Nampaknya tidak seperti yang dijadualkan, ada keluarga yang hantar anak mereka terlalu lambat. Hasilnya pukul 10.15 baru kami konvoi ke kedai pakaian sekolah. Sebelum bergerak sempat kami bergambar beramai terlebih dahulu.

Generasi_Warisan_Prihatin_Ramai-Ramai

(Foto : Bersama Adik-Adik penerima Set Lengkap Pakaian Sekolah)

Kali ini kami konvoi dalam skala kecil. Hanya 5-6 kereta sahaja untuk membawa kesemua adik-adik ini. Dalam 2-3 budak ditempatkan di dalam kereta kami. Akhirnya sampai di kedai yang dijanjikan, seperti biasa sebelum masuk ke kedai tersebut, bergambar lagi.

Generasi_Warisan_Prihatin_Luar Kedai

(Foto : Berkumpul Di Hadapan Kedai Pakaian)

Proses memilih pakaian pun dijalankan, bukan senang nampaknya kali ini. Ada pelajar yang saiz terlalu kecil dan ada saiz yang agak besar. Nampaknya bukan sebuah kedai yang kami perlu pilih pakaian yang sesuai.

Generasi_Warisan_Prihatin_Pelajar Lelaki

(Foto : Sesi Ukur Saiz Untuk Pelajar Lelaki)

Generasi_Warisan_Prihatin_Pelajar Perempuan

(Foto : Sesi Ukur Saiz Pelajar Perempuan)

Seperti dijangka kami perlu ke kedai seterusnya, proses memilih pakaian sekali lagi dijalankan. Gigih masing-masing mencari saiz anak jagaan masing-masing.

Generasi_Warisan_Prihatin_Pilih Saiz

(Foto : Pilih Saiz Sekali Lagi)

Kali ini ada kunjungan dari Group Alphard Vellfire Owner Club (AVOC) tanpa disangka. Pada mulanya saya diberitahu ada beberapa orang yang berminat turut serta, tetapi saya tidak diberitahu mereka dari mana. Alhamdulillah, mereka menaja 1 set persalinan pakaian sekolah, nampaknya rezeki budak-budak ini, dapat 2 set persalinan pagi dan petang. Terima kasih geng AVOC.

Generasi_Warisan_Prihatin_Alphard 1

(Foto : Group AVOC)

Sementara menunggu yang lain memilih saiz pakaian, sempat kami ambil gambar ragam adik-adik yang siap memilih saiz pakaian masing-masing.

Generasi_Warisan_Prihatin_Ragam 1

(Foto : Bila Penjaga Suka Melayan Kerenah Budak…Inilah Jadinya…)

Akhirnya selesai memilih saiz pakaian dan kasut. Lega, itu sahaja yang dapat digambarkan. Sebelum pulang team AVOC sempat bergambar dengan kesemua adik-adik ini.

Generasi_Warisan_Prihatin_AVOC

(Foto : Bersama Geng AVOC)

Kenangan yang tidak dilupakan buat adik-adik ini sudah semestinya apabila dibenarkan menaiki kenderaan geng AVOC. Kereta mahal tu. Seronok sungguh.

Generasi_Warisan_Prihatin_Naik Alphard

(Foto : Bersama dengan keluarga team AVOC)

Konvoi team AVOC ke Surau Tebuk Rashidin. Turun sahaja dari kereta saya terdengar perbualan dari budak-budak tersebut. “Bestnya naik kereta mahal…”

Generasi_Warisan_Prihatin_Naik Alphard 2

(Foto :  Kumpulan yang naik Alphard Putih)

Nampaknya masa kami lari agak tersasar. Setibanya kami di surau, penerima barangan dapur telah berkumpul terlebih dahulu. Nasib baik barang dapur telah kami susun awal pagi, jika ikut rancangan asal susun selepas habis shopping, masak kami kena marah nanti. Program seterusnya dimulakan tanpa membuang masa. Ucapan aluan dari Pengerusi JKKKP Kg Sg Hj Dorani, Encik Kamaruzaman Bin Abu Bakar dan seterusnya proses serahan barang dapur oleh kami.

Generasi_Warisan_Prihatin_JKKP

(Foto : Ucapan Ringkas Pengerusi JKKKP – En Kamaruzaman Abu Bakar)

Serahan barang dapur terus dimulakan. Sebahagian gambar penerima kali ini disertakan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima 1

(Foto : Penerima 1)

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima 2

(Foto : Penerima 2 )

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima 3

(Foto : Penerima 3)

Bagi adik-adik pula, bukan 2 set persalinan pakaian sekolah sahaja, mereka juga menerima beg dan alat tulis.

Generasi_Warisan_Prihatin_Pelajar 1

(Foto : Penerima 1)

Generasi_Warisan_prihatin_Pelajar 2

(Foto : Penerima 2)

Sedikit cenderahati diberikan kepada Pengerusi JKKKP dan Pengerusi Surau yang disampaikan oleh pengarah program kali ini Cik Nor Haslinda Binti Hassan. Kerjasama yang diberikan sepanjang program memang tip top. Terima kasih banyak-banyak.

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 1

(Foto : Pengerusi JKKKP – En Kamaruzaman Abu Bakar)

Generasi_Warisan_Prihatin_Cenderahati 2

(Foto : Pengerusi Surau Tebuk Rashidin – En Samad Wahab)

Selesai sudah serahan barang, kini bermula sesi membawa barang sumbangan ke rumah masing-masing. Semua sibuk memasukkan barang dalam plastik yang disediakan.

Generasi_Warisan_Prihatin_Kemas Barang

(Foto : Susun Barang Dalam Plastik)

Generasi_Warisan_Prihatin_Ayah dan Anak

(Foto : Kerjasama Ayah dan Anak Jelas Terpamer)

Ada 2 penerima yang tidak dapat hadir untuk mengambil barang dapur atas sebab kesihatan. Jadi kami bergerak ke rumah penerima untuk sesi penyerahan barang tanpa membuang masa.

SONY DSC

(Foto : Rumah penerima 4)

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima 4

(Foto : Penerima 4)

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima 5

(Foto : Penerima 5 )

Serahan ke rumah ini bermakna sesi penyerahan yang dipertanggungjawabkan telah selesai. Alhamdulillah, kesemua penerima telah menerima barangan sumbangan dari penyumbang semua. Rata-rata semua penerima berbesar hati dengan rezeki yang mereka perolehi. Tidak putus-putus ucapan terima kasih diberikan kepada kami. Namun seperti biasa kami maklumkan kami hanya posmen, bukan daripada kami, kami hanya orang tengah sahaja.

Kepada semua penyumbang diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana masih menyokong kami untuk buat aktiviti seperti ini. Semoga di lain hari anda masih perlukan khidmat kami. Semoga bertemu lagi di lain aktiviti.

Sekian,

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook
No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes