Masih Ada Yang Prihatin – Kg Sungai Hj Dorani, Sg Besar, Selangor

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Tarikh : 06 dan 07 Disember 2014

Lokasi : Surau Tebuk Rashidin, Kg Sg Hj Dorani, Sungai Besar, Selangor

Generasi_Warisan_Prihatin_Surau

(Foto : Surau Tebuk Rashidin)

Hasil perbincangan dengan Pengerusi JKKKP, En Kamaruzaman Abu Bakar dan Encik Muhammad Sarih Bin Amat akhirnya kata putus berapa penerima sumbangan kali ini telah dipersetujui.

 

Penerima Sumbangan Barang Dapur : 17 keluarga

 

Penerima Sumbangan Kelengkapan Sekolah : 18 orang pelajar

Generasi_Warisan_Prihatin_Pengerusi JKKKP

(Foto : Pengerusi JKKKP sedang beri taklimat )

Generasi_Warisan_Prihatin_Kami

(Foto : Sebahagian Dari Kami Yang Hadir)

Insya-Allah aktiviti seterusnya akan berlangsung di Sungai Besar pula. Pada 06 Disember 2014 selepas Maghrib akan diadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil, pada mereka yang ingin memberi nama keluarga/kenalan yang telah tiada kami alu-alukan. Jamuan ringkas akan diadakan selepas tahlil. Jika ada yang nak menyumbang juadah pun kami alu-alukan. Semoga ada manfaat pada kita semua aktiviti yang akan dilakukan nanti, insya-Allah.

 

Pada 07 Disember 2014 pula akan diadakan serahan barangan dapur dan shopping kelengkapan pakaian sekolah untuk 18 orang pelajar terdiri dari 10 orang anak yatim dan 8 orang dari keluarga miskin/susah.

 

Sebahagian penerima sumbangan yang layak diberi bantuan kali ini.

Generasi_Warisan_Prihatin_Keluarga Fariz

(Foto : Keluarga Muhammad Fariz)

Sedikit latar belakang Keluarga Muhammad Fariz:

En. Muhammad Fariz Bin Garisa berumur 36 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah rendah yang berhampiran, sekiranya ada kerja lebih masa pendapatan bulanan cecah RM1200.00 sekiranya tidak ada, hanya gaji pokok sebanyak RM550.00 sahaja, isteri tidak bekerja, mempunyai 5 orang anak, 3 dari mereka masih bersekolah dan kesemua dari mereka layak terima sumbangan kelengkapan sekolah, 2 orang lagi berumur 4 tahun dan 6 bulan. Duduk di rumah PPRT.

Generasi_Warisan_Prihatin_Fariz Garisa

(Foto : Anak-anak En. Muhammad Fariz – tercalon untuk kelengkapan sekolah )

Generasi_Warisan_prihatin_Fatimah

 (Foto : Puan Fatimah Binti Mat Noh)

Latar belakang Puan Fatimah:

Puan Fatimah Binti Mat Noh berusia 70 tahun, tidak boleh berjalan dan hanya mengesot untuk bergerak ke sana sini, duduk di rumah PPRT seorang diri, tidak dapat bantuan JKM, tetapi menerima bantuan dari pusat zakat setahun hanya sekali, mengharapkan ihsan jiran-jiran untuk makan minum.

 

Generasi_Warisan_Prihatin_Ramli

 (Foto : Ramli Bin Man dan isteri)

Latar belakang:

En. Ramli Bin Man berusia 74 tahun, bekerja sebagai nelayan dengan purata pendapatan sebanyak RM800.00 sebulan, setiap bulan menerima bantuan sara hidup nelayan sebanyak RM200.00, duduk di rumah PPRT, isteri telah sakit dan hanya mampu baring sekiranya tidak menggunakan kerusi roda, memerlukan pampers dewasa saiz L.

 

Generasi_Warisan_Prihatin_Ustaz Mufrad

(Foto : Ustaz Mufrad Bin Kasan dan isteri)

Latar belakang:

Ustaz Mufrad Bin Kasan berusia 69 tahun, sebelum ini sebagai guru agama, sakit strok dan hanya mampu terbaring sahaja, menerima bantuan dari pusat zakat sebanyak RM200.00 sebulan tetapi sekejap dapat sekejap tidak, hanya meminum susu khas yang perlu dibeli dengan harga hampir RM65.00 setin yang boleh bertahan tidak sampai seminggu, memerlukan pampers dewasa saiz M, rumah yang diduduki ihsan dari penduduk setempat, punca pendapatan mengharapkan jualan “popcorn” secara kecil-kecil yang diusahakan anaknya di rumah tersebut dalam RM500.00 sebulan.

 

Generasi_Warisan_Prihatin_Susu

(Foto : Jenis susu yang diperlukan)

Generasi_Warisan_Prihatin_Bahrom

(Foto : Mohammed Bahrom dan keluarga)

Latar belakang:

En. Mohammed Bahrom Bin Jamaludin berusia 76 tahun, mendapat pencen JPS sebanyak RM800.00 sebulan, tinggal bersama isteri dan bapa mertua yang berusia 90++ tahun, mendiami rumah yang agak uzur dan bertampal di sana sini, telah sakit dan bergantung pada ubat setiap masa, sekiranya perlukan ubat tersebut perlu ke hospital yang berkenaan tetapi dengan kos pengangkutan yang agak mahal dan ubat pula terhad, cara lain perlu beli di farmasi dengan harga RM21.00 untuk 10 biji dan ubat tersebut perlu makan setiap hari.

 

Generasi_Warisan_Prihatin_Ubat

(Foto : Pil yang perlu dibeli)

Generasi_Warisan_Prihatin_Jinat

(Foto : Puan Jinat Binti Mohamed)

Generasi_Warisan_Prihatin_OKU

 (Foto : Pn Jinat menunjukkan kad OKU)

Latar belakang:

Puan Jinat Binti Mohamed berusia 55 tahun, OKU sejak lahir, hanya mengesot untuk bergerak ke sana sini, menerima bantuan JKM sebanyak RM300.00 setiap bulan dan menerima bantuan pusat zakat sebanyak RM250.00 setiap bulan, pernah meminta kaki palsu tetapi diberi kaki palsu yang tidak bersesuaian, memerlukan tongkat kayu yang ditempah khas dan memerlukan pil khas yang disarankan doktor untuk kekuatan lutut. Kos yang besar tidak mampu di beli.

 

Sebahagian kisah yang mampu dipaparkan untuk tatapan kita semua. Sebahagian cerita sebalik tabir siapa penerima sumbangan kali ini. Mereka seperti ibu dan ayah kita, mereka seperti kakak dan abang kita, dan mereka juga seperti adik-adik kita.

 

Semoga dengan nukilan saya kali ini dapat menarik lagi penyumbang yang prihatin di luar sana.

 

Sekian,

 

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Trackbacks/Pingbacks

  1. Masih Ada yang Prihatin - Program GWP di Sg Besar - October 31, 2014

    […] Kali ini kami akan menziarahi penduduk kampung, dan lokasi yang terpilih ialah di Kg Sungai Hj Dorani, Sg Besar, Selangor. […]

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes