JJMK Kg Kunci Air Buang, Tanjung Karang Bersama NGO WargaKilang

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

Pada 17 August 2014 kami bersama NGO WargaKilang bergabung tenaga untuk mengagihkan keperluan dapur kepada penduduk kampung yang terpilih di Kampung Kunci Air Buang, Tanjung Karang.

Dalam program JJMK (Jalan-jalan Masuk Kampung) ini, sebanyak 16 buah keluarga telah dipilih untuk menerima sumbangan.

Keluarga yang terpilih ini adalah terdiri daripada golongan asnaf, fakir, miskin, warga emas, dan ibu tunggal. Operasi menyusun barangan dapur dilakukan di kawasan Masjid Al Hidayah Kg Sg Terap, Tanjung Karang.

Program JJMK ini sebenarnya adalah program kali pertama kami bekerjasama dengan NGO Warga Kilang. 

Generasi_Warisan_Prihatin_Barang Dapur
(Foto: Barangan yang dibawa oleh setiap peserta JJMK dikumpulkan bersama)

Gambar dibawah ni pula adalah gambar semasa proses kumpul 16 set barang dapur sedang gigih dijalankan dengan menanda kesemua beg plastik mengikut nombor yang diberikan.

Antara yang buat kami respect betul dengan NGO Warga Kilang ni ialah, mereka begitu sistematik dalam urusan pembahagian barangan.

Ternyata, dengan pengalaman mereka selama bertahun-tahun lamanya mengendalikan program seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh generasi muda seperti kami 🙂

Generasi_Warisan_Prihatin_Susun Barang Dapur

Sebelum bergerak ke rumah penerima pertama kami diberikan taklimat ringkas oleh wakil NGO WargaKilang En Burhanuddin. Padat, jelas, dan ringkas…itu yang dapat saya simpulkan.

… dan yang paling penting sekali adalah bacaan doa bagi memberkati program yang bakal dijalankan dan semoga program ini terhindar daripada fitnah dan tipu daya syaitan.

Saya masih ingat lagi pesanan daripada salah seorang wakil NGO Warga Kilang, yang mana sesungguhnya, untuk program-progam kebajikan seumpama ini memang cukup dibenci oleh syaitan. Syaitan akan sedaya upaya untuk merosakkan keikhlasan kita tatkala program dijalankan.

Sebagai benteng, disarankan untuk sentiasa mengucapkan lafaz istighfar dan menyebut kalimah Allah.

Generasi_Warisan_Prihatin_Taklimat

Konvoi diteruskan ke Kg Kunci Air Buang, Tanjung Karang. Tempat berkumpul kami di rumah Nazir Masjid An Nur Kg Kunci Air Buang, Tn Hj Basri Bin Kosnan. Tn Hj Basri akan mengetuai program ini dengan menunjukkan lokasi rumah penerima sumbangan satu per satu.

Pada mulanya kami ingat konvoi kami ini akan terus ke lokasi rumah penerima sumbangan, rupa-rupanya kami diminta menjamu selera terlebih dahulu, katanya masih mood raya…apa lagi, jamulah…orang dah pelawa, tak baik tolak rezeki.

Alhamdulilah, terima kasih banyak-banyak Tn Hj Basri 🙂

Generasi_Warisan_Prihatin_Makan

Selesai makan, kami bertolak ke rumah penerima yang pertama, En Mohd Hisyam Bin Sabri, baru sahaja berkahwin dan menetap di kampung tersebut.

Apa yang saya nak ketengahkan di sini, En Hisyam ni sebenarnya tinggal di rumah yang sebelum ini asalnya merupakan kandang kambing.

Kandang kambing tersebut telah di ubah suai mengikut kemampuan dan keselesaan En Hisyam sendiri.

Generasi_Warisan_Prihatin_En Hisyam
(Foto: En Hisyam dan pasangan yang mendiami rumah yang pada asalnya sebuah kandang kambing)

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima Pertama(Foto: Tim Generasi Warisan Prihatin bersama NGO Warga Kilang menyusun barangan yang hendak disumbangkan)

 

Generasi_Warisan_Prihatin_Penerima Pertama Hisyam

Penerima seterusnya kami ke rumah Mohd Shaiful Bahari Bin Ismail, mempunyai 4 orang anak, tinggal di rumah yang sebelum ini didiami oleh kakaknya sendiri. Kakak kepada Shaiful bernama Pn Normaliza Binti Ismail berpindah ke rumah PPRT yang dibina bersebelahan rumah Shaiful. Pn Normaliza juga dipilih sebagai penerima sumbangan kali ini.

Generasi_Warisan_Prihatin_Shaiful

Generasi_Warisan_Prihatin_Normaliza

Generasi_Warisan_Prihatin_Normaliza Sumbangan

Sungguh terharu, sambutan dari En Shaiful dan Pn Normaliza sendiri, kami juga dijamu, susah payah 2 keluarga ini sediakan makanan ringkas, jagung rebus yang masih panas dihidangkan untuk kami.

Generasi_Warisan_Prihatin_Shaiful Rumah(Foto: Bahagian dalam rumah En Shaiful)

Generasi_Warisan_Prihatin_Shaiful Hidangan

Penerima seterusnya kami singgah ke rumah Pn Faridah Binti Wagio, ibu tunggal yang cekal, masih ramai anak yang bersekolah, dengan pendapatan bawah RM1,000.00 ibu ini tetap menjaga anak-anak yang lain dan menjaga ibu mertua yang tinggal bersama.

Generasi_Warisan_Prihatin_Pn Faridah

Generasi_Warisan_Prihatin_Pn Faridah Sumbangan

Kami sempat bergambar bersama keluarga Hisyam dan Hakimi (anak yatim), dua adik beradik yang kami pilih semasa program di bulan Ramadhan lepas. Alhamdulillah adik beradik ini masih ingat dengan kami.

Generasi_Warisan_Prihatin_Hisyam & Hakimi

Salah satu yang saya kira menarik mengenai aktiviti JJMK ni ialah, ada banyak yang kita boleh pelajari apabila kita mendekati golongan fakir dan miskin. Sungguh… bukan mereka minta untuk hidup dalam belenggu kemiskinan.

Semuanya ujian daripada tuhan.

jalan_jalan_masuk_kampung

Dalam setiap kunjungan yang kami buat, diselang selikan juga dengan pengisian tazkirah ringkas.

Semoga mereka tabah dan cekal menghadapi ujian dari Allah yang berbentuk kemiskinan seumpama ini. Setiap orang diuji dengan pelbagai bentuk ujian.

Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kekayaan.

Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat daripada itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat daripada itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat daripada itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat daripada itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.

Sungguh, doa itu adalah senjata orang Mukmin, dan boleh jadi juga program kami ini juga adalah berkat dari doa penduduk Kg Kunci Air Buang itu sendiri. Wallahua’lam

Berulang aktiviti serahan dari rumah yang dipilih sehingga selesai 16 keluarga kesemuanya menerima bahagian masing-masing. Selesai sudah tugas yang diamanahkan untuk kami agihkan. Sebelum selesai majlis siang hari seperti biasa gambar bersama untuk kenangan kami ambil.

Generasi_Warisan_Prihatin_Team Member(Foto: Tim Generasi Warisan Prihatin)

Bergambar bersama NGO WargaKilang

Generasi_Warisan_Prihatin_Bergambar Bersama

Majlis tidak berakhir di siang hari, pada malamnya pula kami dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kg Kunci Air Buang. Terima kasih banyak-banyak.

Generasi_Warisan_Prihatin_Raya 1

Generasi_Warisan_Prihatin_Raya 2

Setinggi penghargaan dan terima kasih buat mereka-mereka yang terlibat bagi menjayakan program kali ini. Kejayaan program ini juga bertitik tolak daripada hasil sumbangan anda sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun material.

In Shaa Allah, di lain masa, jika ada rezeki, dan jika ada umur yang panjang, tim kami, Generasi Warisan Prihatin akan singgah pula ke tempat anda untuk program JJMK seterusnya.

generasi_warisan_prihatin_sumbangan

Sekian,

Asfira Asmah
Yang Di Pertua
Kelab Generasi Warisan Prihatin

Tekan Share Selepas Baca...Email this to someoneShare on LinkedInTweet about this on TwitterShare on Facebook

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes